Friday, November 13, 2009

Jom Beli Dan Baca Buku: Sejarah Pemikiran 1 - Sumber Ilmu, Perbandingan Ideologi Dan Orde Baru Dunia


Syukur sangat dapat beli buku ni. Suatu buku yang telah membuatkan saya cemburu kepada seorang bekas senior di Universiti saya yang terlebih dahulu membeli dan membaca buku ini. Dalam hati saya berkata, patutlah selama ini bila bercakap tentang bab ilmiah dengan dia saya sering rasa terkebelakang. Rupa-rupanya dia mempunyai sumber pengetahuan yang saya tidak miliki. Buku ni bakal menjanjikan pembaca dengan pelbagai maklumat penting yang membuatkan pembaca melihat dunia ini dengan lebih luas dan terkedepan lagi tentang hakikat keadaan yang berlaku di dunia pada masa kini. Nampaknya, tidak balik kampung dengan pengetahuan kosonglah saya pada tahun ni. Sekurang-kurangnya ada juga bahan ilmiah yang boleh dibawa ke Indonesia. InsyaAllah. Mari kita lihat kondisi buku ini dari sudut luaran sebagai maklumat kepada anda semua.

Penulis/Penyusun: Sulaiman Noordin
Tajuk: Sejarah Pemikiran 1 - Sumber Ilmu, Perbandingan Ideologi dan Orde Baru Dunia
Bilangan Muka Surat: 449 Muka Surat
Diterbitkan oleh: Perniagaan JAHABERSA
Dicetak oleh: BIN HALIBI PRESS
Harga: RM 69.90 (Cumanya ana dapat buku ni dengan harga RM 62.oo, kena pandaila mintak diskaun)
Tempat Saya Dapatkan Buku Ini: Kedai Kita, Wilayah Persekutuan Labuan.
Pesanan: Apa yang saya lihat buku ini cuma tinggal satu jak lagi di kedai tu. Bah cepat-cepatla kamu beli. Siapa cepat dia dapat.

3 comments:

  1. Anonymous2:24 PM

    salam..hmm..mmg bagus buku tue..tp duit xda plak..hehehe..anyway mau tambah sikit pengetahuan ttg orde baru dunia()World New Order), saya lebih menyarankan kmu tengok video bersiri d Youtube..bertajuk The Arrival..produksi noreagaa..ada sarikata bahasa melayu yg dibuat di akaun Fr33DoMFighT3Rz..harap dapat membantu..sbab kupasannya jg terperinci..
    :)

    ReplyDelete
  2. Anonymous2:25 PM

    buku yang bagus..

    ReplyDelete
  3. Salam. Saya boleh dapatkan dengan harga berpatutan dan penulis tersebut adalah kenalan saya. InsyaAllah

    ReplyDelete