Friday, November 13, 2009

Jom Beli Dan Baca Buku: Sejarah Pemikiran 1 - Sumber Ilmu, Perbandingan Ideologi Dan Orde Baru Dunia


Syukur sangat dapat beli buku ni. Suatu buku yang telah membuatkan saya cemburu kepada seorang bekas senior di Universiti saya yang terlebih dahulu membeli dan membaca buku ini. Dalam hati saya berkata, patutlah selama ini bila bercakap tentang bab ilmiah dengan dia saya sering rasa terkebelakang. Rupa-rupanya dia mempunyai sumber pengetahuan yang saya tidak miliki. Buku ni bakal menjanjikan pembaca dengan pelbagai maklumat penting yang membuatkan pembaca melihat dunia ini dengan lebih luas dan terkedepan lagi tentang hakikat keadaan yang berlaku di dunia pada masa kini. Nampaknya, tidak balik kampung dengan pengetahuan kosonglah saya pada tahun ni. Sekurang-kurangnya ada juga bahan ilmiah yang boleh dibawa ke Indonesia. InsyaAllah. Mari kita lihat kondisi buku ini dari sudut luaran sebagai maklumat kepada anda semua.

Penulis/Penyusun: Sulaiman Noordin
Tajuk: Sejarah Pemikiran 1 - Sumber Ilmu, Perbandingan Ideologi dan Orde Baru Dunia
Bilangan Muka Surat: 449 Muka Surat
Diterbitkan oleh: Perniagaan JAHABERSA
Dicetak oleh: BIN HALIBI PRESS
Harga: RM 69.90 (Cumanya ana dapat buku ni dengan harga RM 62.oo, kena pandaila mintak diskaun)
Tempat Saya Dapatkan Buku Ini: Kedai Kita, Wilayah Persekutuan Labuan.
Pesanan: Apa yang saya lihat buku ini cuma tinggal satu jak lagi di kedai tu. Bah cepat-cepatla kamu beli. Siapa cepat dia dapat.

Kes Bunuh Lagi...

Tawau o Tawau... Keluh saya dalam hati selepas membaca satu kejadian ngeri yang menimpa seorang remaja di bumi kelahiran saya ini yang meninggal dunia dua hari lepas. Remaja tersebut dikatakan diserang dengan objek tajam yang membuatkan leher remaja tersebut hampir putus. Kejadian ini berlaku di semak belukar di Kampung Tanjung Batu Laut. Namun, pihak polis menganggap kes ini telah selesai berikutan penangkapan seorang warga asing berumur 25 tahun di Tawau. Sumber: (http://www.newsabahtimes.com.my/nstweb/fullstory/33527)

Kebiasaannya, apabila hal seperti ini berlaku pihak berkuasa tempatan akan menjalankan 'checking' di sekitar kawasan Tawau terutamanya di kawasan bandar. Bilamana 'checking' ini dijalankan maka bandar Tawau akan sunyi seketika tanpa haruk-piruk gelagat orang ramai. Maklumlah, warga Tawau dikatakan kebanyakannya adalah warga asing dari Indonesia, Filipina dan lain-lain. Berdasarkan pengalaman saya, keadaan ini juga akan memberikan kesan negatif kepada para peniaga kerana aktiviti perniagaan kurang aktif akibat kurangnya warga tempatan untuk turun berbelanja.

Namun, persoalan yang lebih penting adakah keselamatan warga tempatan terjamin di negara sendiri??? Mudah-mudahan saya selamat pulang nanti ke Tawau tanpa ada apa-apa perkara yang tidak dingini berlaku. Amin, Doakan ana.

Saturday, November 7, 2009

Rambo: Apa Ibrah Disebalik Perjuangnya???


Huh, hebat juga cerita Rambo ni. Teman sebilik saya tak senang duduk dibuatnya kerana kadang-kadang turut sama melihat cerita ini di laptop saya. Apa tidaknya sudah 2 malam saya menonton cerita ni melalui Youtube. Dari cerita Rambo 1 hinggalah yang ke 4, walaupun saya tidak menonton sepenuhnya cerita ini tapi saya boleh buat kesimpulan yang cerita Rambo ni penuh dengan aksi lasak dan mendebarkan. Maklumlah, Rambo merupakan seorang bekas komando Amerika Syarikat semasa perang Vietnam. Dia adalah satu-satunya komando yang dapat melepaskan diri dari tahanan tentera Vietnam. Seksaan yang mereka terima amat pedih sewaktu dalam tahanan namun, mereka telah dilatih untuk 'menghilangkan' rasa sakit di dalam minda mereka. Dalam kalangan mereka itu, Rambo merupakan tentera komando yang terbaik pernah dilatih oleh Amerika Syarikat dan menerima banyak anugerah dari pihak kerajaan (kononla dlm crita ni). Dari aspek penggunaan pelbagai jenis senjata seperti M-16, pisau, panah, bom hinggalah kepada ketepatan sasaran membolehkan dia menjadi yang terbaik dari sekalian komando yang ada di Amerika Syarikat. John Rambo sudah sebati dengan peperangan dalam hutan melalui pertempuran jarak dekat. Hutan ibarat taman permainan baginya sehinggakan dapat membuat penyamaran yang begitu sempurna. Dia bahkan dapat mengalahkan musuh-musuhnya tanpa membunuh mereka serta menyelamatkan tahanan yang ada. Memang menakjubkan.

Namun, disepanjang saya menonton cerita ini ada beberapa ibrah yang melintas dalam benak fikiran saya dan nak dikongsikan dengan semua.

1. Saya terfikir bagaimanalah agaknya perjuangan nabi kita iaitu Nabi Muhammad s.a.w. dahulu yang bukan hanya hendak menyelamatkan nyawa manusia di dunia ini tetapi juga di akhirat kelak melalui pembentukan akidah Islamiyyah yang sebenar. Malah, bukan sedikit peperangan yang Baginda lalui untuk semua itu. Terima Kasih ya Rasullulah.

2. Apapun yang kita hendak lakukan perlu ada strategi yang mantap. Sekalipun, Rambo sering bertindak sendirian tetapi dia mempunyai stategi yang begitu teratur dan tersusun rapi sehinggakan dia dapat mengalahkan satu organisasi yang besar.

3. Kekuatan mental menjadi aspek terpenting dalam diri kita bila berhadapan dengan pelbagai masalah. Walaupun diseksa dengan bermacam cara namun semangatnya tidak pernah luntur dan mengaku kalah untuk terus berjuang. Namun, harus diingat untuk membina kekuatan mental bukan semudah yang kita sangkakan dan memerlukan masa yang panjang untuk itu.

4. Kesabaran, kecekalan dan kawalan emosi yang optimum akan memberikan kesan positif dalam setiap gerak-geri dan tindak-tanduk kita. Perkara ini semamangnya tidak dapat dinafikan lagi, lebih-lebih lagi untuk tahap EQ yang baik amatlah dituntut agar ia memberikan impak yang mendalam untuk semua perkara yang dilakukan.

5. Kadang-kadang kita perlu berterima kasih kepada musuh-musuh kita kerana telah memberikan pengalaman yang berharga untuk kita terus memperbaiki dan menambahkan kebolehan juga sebagai kayu pengukur kepada tahap kebolehan yang kita ada. Ini disebabkan pengalaman merupakan guru yang paling ampuh untuk kita terus berjuang menghadapi realiti dunia.

Friday, November 6, 2009

Bemulanya Sebuah Epik


Nama: Azz Fansuri
Nama Samaran: Fansuri
Agama: Islam
Bangsa: Bugis
Keturunan: Bugis, Bajau dan Manado
Asal: Indonesia + Filipina = Malaysia
Status: Akan berkahwin (InsyaAllah, doakan)
Hobi: Membaca, belajar, berfikir, berimaginasi, melancong, membeli-belah dan window shopping
Pekerjaan: Mencari ilmu yang hilang
Band Diminati: Cromok (Malaysia) & Ungu (Indonesia)
Makanan & Minuman Kegemaran: Masakan ibunda tercinta
YM: metallurgical_cromers
Email:
metallurgical_cromers@yahoo.com
miecrazee_sxe@hotmail.com
azzfansuri@gmail.com
Friendster:
miecrazee_sxe@hotmail.com (add me ok)
Penulis Novel Diminati: Faisal Tehrani
Nombor Telefon: 0195276428