Huh, hebat juga cerita Rambo ni. Teman sebilik saya tak senang duduk dibuatnya kerana kadang-kadang turut sama melihat cerita ini di laptop saya. Apa tidaknya sudah 2 malam saya menonton cerita ni melalui Youtube. Dari cerita Rambo 1 hinggalah yang ke 4, walaupun saya tidak menonton sepenuhnya cerita ini tapi saya boleh buat kesimpulan yang cerita Rambo ni penuh dengan aksi lasak dan mendebarkan. Maklumlah, Rambo merupakan seorang bekas komando Amerika Syarikat semasa perang Vietnam. Dia adalah satu-satunya komando yang dapat melepaskan diri dari tahanan tentera Vietnam. Seksaan yang mereka terima amat pedih sewaktu dalam tahanan namun, mereka telah dilatih untuk 'menghilangkan' rasa sakit di dalam minda mereka. Dalam kalangan mereka itu, Rambo merupakan tentera komando yang terbaik pernah dilatih oleh Amerika Syarikat dan menerima banyak anugerah dari pihak kerajaan (kononla dlm crita ni). Dari aspek penggunaan pelbagai jenis senjata seperti M-16, pisau, panah, bom hinggalah kepada ketepatan sasaran membolehkan dia menjadi yang terbaik dari sekalian komando yang ada di Amerika Syarikat. John Rambo sudah sebati dengan peperangan dalam hutan melalui pertempuran jarak dekat. Hutan ibarat taman permainan baginya sehinggakan dapat membuat penyamaran yang begitu sempurna. Dia bahkan dapat mengalahkan musuh-musuhnya tanpa membunuh mereka serta menyelamatkan tahanan yang ada. Memang menakjubkan.
Namun, disepanjang saya menonton cerita ini ada beberapa ibrah yang melintas dalam benak fikiran saya dan nak dikongsikan dengan semua.
1. Saya terfikir bagaimanalah agaknya perjuangan nabi kita iaitu Nabi Muhammad s.a.w. dahulu yang bukan hanya hendak menyelamatkan nyawa manusia di dunia ini tetapi juga di akhirat kelak melalui pembentukan akidah Islamiyyah yang sebenar. Malah, bukan sedikit peperangan yang Baginda lalui untuk semua itu. Terima Kasih ya Rasullulah.
2. Apapun yang kita hendak lakukan perlu ada strategi yang mantap. Sekalipun, Rambo sering bertindak sendirian tetapi dia mempunyai stategi yang begitu teratur dan tersusun rapi sehinggakan dia dapat mengalahkan satu organisasi yang besar.
3. Kekuatan mental menjadi aspek terpenting dalam diri kita bila berhadapan dengan pelbagai masalah. Walaupun diseksa dengan bermacam cara namun semangatnya tidak pernah luntur dan mengaku kalah untuk terus berjuang. Namun, harus diingat untuk membina kekuatan mental bukan semudah yang kita sangkakan dan memerlukan masa yang panjang untuk itu.
4. Kesabaran, kecekalan dan kawalan emosi yang optimum akan memberikan kesan positif dalam setiap gerak-geri dan tindak-tanduk kita. Perkara ini semamangnya tidak dapat dinafikan lagi, lebih-lebih lagi untuk tahap EQ yang baik amatlah dituntut agar ia memberikan impak yang mendalam untuk semua perkara yang dilakukan.
5. Kadang-kadang kita perlu berterima kasih kepada musuh-musuh kita kerana telah memberikan pengalaman yang berharga untuk kita terus memperbaiki dan menambahkan kebolehan juga sebagai kayu pengukur kepada tahap kebolehan yang kita ada. Ini disebabkan pengalaman merupakan guru yang paling ampuh untuk kita terus berjuang menghadapi realiti dunia.
No comments:
Post a Comment